top of page

Projek T0002 - Teknologi Maklumat 2 Augmented Reality ( Augmentasi Realit

  • Asmizan Sha'ari
  • Sep 13, 2017
  • 2 min read

AR (Augmented Reality) secara istilahnya merupakan teknologi yang menggabungkan benda maya dua dimensi dan atau pun tiga dimensi ke dalam sebuah lingkungan nyata tiga dimensi lalu memancarkan benda-benda maya tersebut dalam waktu nyata. Augmented Reality dapat diaplikasikan dan diakses dengan penggunaan gadjet2 tertentu. Ianya membuatkan perisian ini sesuai sebagai alat untuk membantu pandangan dan interaksi penggunanya dengan dunia nyata. Informasi yang ditampilkan oleh benda maya membantu pengguna memahami dan melihat dengan cara yang berbeza.

Penggunaan realiti tambahan boleh semudah seperti pemberitahuan teks atau rumit sebagai arahan tentang cara melakukan prosedur pembedahan yang mengancam nyawa. Mereka boleh menyerlahkan ciri-ciri tertentu, meningkatkan pemahaman, dan menyediakan data yang boleh diakses dan tepat pada masanya. Aplikasi telefon bimbit dan aplikasi perniagaan adalah beberapa daripada banyak aplikasi yang memandu pembangunan aplikasi realiti diperkukuhkan. Perkara utama ialah maklumat yang diberikan adalah sangat topikal dan relevan dengan apa yang anda mahu lakukan.

Sejarah AR

Pada tahun 1992, LB Rosenberg mengembangkan salah satu fungsi sistem AR yang disebut "Virtual Fixtures" dan digunakan di Angkatan Udara AS Armstrong Labs yang bermanfaat pada manusia.

Pada tahun 1992 juga, Steven Feiner, Blair Maclntyre dan dorée Seligmann, memperkenalkan untuk pertama kalinya Major Paper untuk perkembangan Prototype AR.

Syarikat pengeluar kapalterbang Boeng pada tahun itu juga telah menggunakan teknologi Augmented Reality untuk melakukan pembaikan pada pesawat Boeing.

Bidang-bidang yang pernah menerapkan teknologi augmented reality sebagai contoh antara lain :

1. Kesihatan (Medical) : untuk simulasi operasi.

2. Hiburan (Entertainment) : animasi tentang permainan.

3. Latihan Tentera (Military Training) : simulator perang

4. Engineering Design : design 3D.

5. Robotics dan Telerobotics : 3D visual untuk mengendalikan robot.

Penggunaan Teknologi AR di Universiti

Teknologi AR ini boleh diadaptasikan di universiti sebagai salah satu cara untuk memperbaiki sistem penyampaian maklumat. Sebagai Penolong Pegawai Sains universiti, teknologi AR dapat membantu dalam penyampaian sesuatu maklumat kepada pelajar dengan kaedah yang berbeza. Tiada lagi buku dan nota atau cara pembelajaran tradisional. Pelajar hanya membawa telefon pintar masing2 dan mengimbas imej untuk mengetahui maklumat lanjut serta gambaran 3D akan keluar di aplikasi telefon pintar mereka. Cara ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu itu.

 
 
 

Comments


bottom of page