top of page
5419395-modern-wireless-technology-illustration-with-a-computer-device.jpg

PROF. MADYA DR. MOHD SHAHRIZAL BIN SUNAR

PROF MADYA DR MOHD SHAHRIZAL B SUNAR ADALAH PENSYARAH DAN PEMBIMBING BAGI SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT. PEMBELAJARAN KALI INI MENERANGKAN KEPADA PESERTA TENTANG KEMAHIRAN TEKNOLOGI YANG BANYAK MEMBANTU DALAM TUGASAN HARIAN KITA.

google-apps-icons.png

KEPENTINGAN GOOGLE DRIVE KEPADA PEMBANTU MAKMAL DAN PENOLONG PEGAWAI SAINS


Fungsi-fungsi di Google akan memudahkan fungsi kami kini atau sebagai Penolong Pegawai Sains akan datang adalah:


1) Untuk mendapatkan jawapan

  • Search - Mendapat jawapan segera kepada persoalan samada melalui web atau telefon.

  • Maps - Dapat menentukan navigasi GPS, makluman trafik, arah laluan trafik dan banyak lagi.

  • Translate - Menterjemahkan lebih daripada 100 bahasa.

  • Chrome - Penyemak imbas yang lebih cepat, mudah, dan selamat untuk web moden.


2) Membuat perancangan

  • Photos - Dapat menyimpan foto dengan lebih teratur dan mudah untuk proses pencarian.

  • Contacts - Menyimpan alamat dan nombor keluarga dan rakan

  • Calendar - Mengatur jadual dan berkongsi dengan orang lain.

  • Keep - Menyimpan idea sebagai nota, senarai dan memo suara di mana-mana sahaja


3) Melaksanakan kerja lebih bijak

  • Docs - Menyunting dan berkongsi semua dokumen dimana sahaja.

  • Sheets - Memasukkan data dan mengira dengan hamparan anda boleh mengedit di mana-mana sahaja.

  • Slides - Memaparkan atau mengemaskini persembahan dimana-mana.

  • Drive - Menyimpan secara selamat semua fail.

Read More
social-media-is-sound-CRE-marketing-practice.jpg

GARIS PANDUAN MEDIA SOSIAL

Penggunaan media sosial seperti blog, Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang. Media komunikasi ini turut menjadi satu cara untuk Kerajaan terutamanya pemimpin menyelami masalah rakyat dan mendekati golongan masyarakat.

Media sosial masa kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja, dewasa mahu pun pemimpin memilih untuk menggunakannya.


Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan elemen-elemen multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio.

​

Media sosial boleh dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan penglibatan pelanggan dalam menambah baik perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan kepada pelanggan. Media sosial sebagai platform kolaborasi, membolehkan agensi berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan orang awam dan pemegang amanah untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Media sosial dapat menghubungkan agensi dengan kumpulan sasaran yang luas daripada pelbagai latar belakang sama ada yang berada dalam atau di luar negara bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0

bottom of page